Semalam balik kerja tumpang Bariah, nama pun menumpang, bila Bariah balik pukul 5.30 petang saya pun redha je la tak dapt balik pukul 5. Bariah kata dia nak beli je makanan sebab kat rumah tak ada orang. Memandangkan saya pun berbuka sorang diri jadi saya buat keputusan untuk beli juga. Hancur plan saya tak nak beli makanan selagi larat masak hehehe. Tak apalah, dalam kes ni kesuntukan masa. (ayat nak sedapkan hati sendiri)

So semalam saya berbuka seorang diri dan menyajikan diri sendiri dengan..

Paru-paru Sambal Kak Jah. 

 Nasi Kerabu Mek Kelate..

 dan.. Air Kathira Mok De..

Jenuh mengambil gambar ni dengan tangan yang menggigil lapar hehehe. Hasilnya pun gambar bergegar ke serata alam ;p Paru-paru Sambal tu beli kat gerai Kak Jah, memang banyak lauk-pauk kat gerai dia. Boleh jadi rambang mata. Kalau yang membeli ikut nafsu memang satu gerai diborong hehehe.
Nasi Kerabu tu pulak kat gerai orang Kelantan yang tak dikenali hehehe. Dia jual kuih2 tapi saya tak beli sebab saya pasti kuih2 tu semua akan jadi satu pembaziran je kalau dibeli. Lagi2 la kuih2 manis ni. Kalau En. Nazir nak makan kuih2 pun akan beli kuih2 macam karipap, ha tu pun beli seringgit je. Lebih2 jawabnya nanti membazir. Air Kathira tu beli kat gerai Mok De saya. Tahun ni dia bisnes air sepanjang Ramadhan untuk menambah rezeki.

Itu saja menu semalam, sahur pagi tadi saya dan En. Nazir makan nugget je. Hajat hati nak bangun masak, tapi terlupa jerang nasi awal2 bangun pulak dah dekat pukul 5. Makan je la apa yang ada nasib baik sempat menggoreng nugget.

 
©Hernee Nazir – Untuk petang ni, tak pasti berbuka sorang atau berdua, kalau En. Nazir dapat balik awal dapatlah berbuka sama. Kalau tak makcik berbuka sorang lagi la jawabnya. Menu hari ni, nak buat nasi goreng udang je. Nak menghabiskan stok udang hehehe.