Semalam kereta meragam tak nak hidup tak tahu kenapa. jadinya bila En. Nazir dah pergi kerja, saya duk tercanguk sorang la kat rumah. dari pagi fikir nak masak apa. Nak pergi kedai tak ada kenderaan. Adik2 saya pun tak ada motor. Last2 bagitahu En. Nazir saya masak apa yang ada je dalam peti sejuk. Kebetulan nak berbuka sama2 dengan adik, jadi saya paksa dia masak lauk hehehe. 
Saya pulak hanya mampu masak Udang Goreng Tomyam cincai boncai je.

 Ni ikut resepi yang tak cukup sifat..hehehe

Bahan2nya mengikut resepi yang sebenar.. ;p

*500gm udang (dibuang kulit)
*2 ulas bwang putih (dikisar)
*1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang serai (dititik)
*1 sudu pes tomyam/ kiub pun boleh
1 batang daun ketumbar (dipotong halus)
*5 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
*Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa (tapi jangan rasa sebab bulan puasa hehe)
*Minyak masak

** Yang ada * itu je yang bahan yang saya ada. Yang lain tak ujud dalam peti sejuk hehehe. Saya tambah carrot potong halus2 dan daun bawang lebihan Mee Hoon Bakso (malam Rabu punya menu)**

Cara2nya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih kacau sehingga naik bau.Masukkan udang, cili padi dan bawang besar. Kacau sebentar dan biarkan seketika. Masukkan pes tomyam, serai, gula, ajinomoto dan garam. Kacau hingga rata, kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau sebentar dan angkat.

Bila dah masak, tunggu En. Nazir balik dan siap2 berbuka di rumah Mak.

©Hernee Nazir – Menu petang ni dah ada dalam fikiran nanti saya share ya, mee yang tak ada tajuk arwah mak suka buat hehehe.