Hari Ahad sempat berjimba dengan Bariah. Dah lama tak berjalan dengan dia kebetulan En. Nazir tak ada, tu yang setuju je hehehe. Tujuan asal nak ke kedai Gee la tu. Tiba2 Bariah ajak teman ke Kip Mart nak jumpa kawan dia. Dha jumpa kawan dia kitorang pusing2 kejap dan singgah beli Cool Blog hehehe.
First time mencuba Oreo Blog. Agak tak berapa memberangsangkan rasanya mungkin sebab budak yang membuat ni tak senyum langsung jadi rasanya so so je la. Dah tu terus balik dan sempat singgah beli cempedak goreng. Gemuk2 cempedaknya sedap hehehe.
Dah nak balik dah ni. Bariah tak nak tunjuk muka pulak so saya yang excited sorang. Bariah ajak ke Jusco sekejap, saya pun layankan je la.



©Hernee Nazir – Sedang berusaha menghabiskan entri yang berkaitan dengan makanan🙂