Dah berhari2 teringin nak makan bubur lambuk sebelum mula berpuasa. Dulu saya pernah masak tapi masa Mak yang guide. Kalau tak menjadi bubur lambuk saya kali ni saya terus tukar nama dia jadi “BUBUR LOMBOK” ngeh2. Hari Sabtu gigih buat bubur lambuk. Hajat menggunung nak buat Serawa Durian pulak tapi hajat tak kesampaian lagi. Tengoklah bulan puasa ni kalau ada kesempatan nak buat Serawa Durian dan tempoyak. Nyum2.
Alhamdulillah bubur lambuk saya menjadi tak perlu tukar nama ;p Saya ada sediakan resepi Bubur Lambuk kat bawah tu, untuk sesiapa nak mencuba bolehlah ikut resepi tu ajaran arwah Mak.
Bubur Lambuk

Bahan-bahan ( anggaran untuk 4-5 orang ) 

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit halia (dikisar)
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 bungkus daging kisar
  • 1 cawan santan 
  • 2 helai daun kunyit (dipotong mayang)
  • 2 bungkus udang kering (dikisar)
  • minyak masak
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam, ajinomoto & gula secukup rasa

Cara-cara

  •  Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dah dikisar.
  • Tumis sehingga naik bau dan  masukkan udang kering dan rempah kurma. Tumis sehingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan pula daging, beras dan air. Renihkan bubur sehingga daging dah beras masak dan tambah air jika perlu..
  • Bila bubur agak dah masak, masukkan santan dan daun kunyit. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Biarkan sehingga mendidih dan angkat..
  • Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

Ni lauk tambahan sebab tak terfikir nak masak lauk lain hehehe.

Udang Goreng Kunyit

Bahan2 dan Cara2nya 

15 ekor udang (bahagi dua dengan En. Nazir ;p)
Serbuk kunyit
Garam

Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam dan leburlah dalam kuali. Sangat simple mimple bukan?🙂

Buka puasa saya hari tu dilengkapi dengan..

Air Sirap Selasih

Nak resepi juga ke? hehehe

Buat air sirap, tambah gula tambah selasih ku sayang dan akhir sekali ais. Nyaman tekak ;p Inilah air yang selalu juga jadi menu berbuka puasa masa arwah Mak ada dulu. Siapa yang tak pernah cuba bolehlah cuba untuk buka puasa esok.

©Hernee Nazir – Tengahari esok jangan skodeng gambar2 ni tau ;p