Last week masa mencuba GCB, singgah la ke Petronas yang sebelah Mc D kat Nusa Bestari tu nak keluarkan duit. Tiba2 ternampak gula kapas ni. Wah terasa zaman kanak2 dulu. Suka gila makan gula kapas yang 10 sen sebungkus tu yang ada kon aiskrim kat bawah. Sekarang macam dah susah je nak jumpa gula kapas tu.

Masa tengok ni perut dah kenyang, rasa macam malas nak beli. (macam la makan gula kapas  boleh tambah kenyang.. ;p) Tapi bila tengok semula gambar ni rasa nak sebungkus la. Bestkan gula kapas ni. Masukkan dalam mulut lepas tu dia cair sendiri. tapi manis dia jangan cakap la. Tak boleh diamalkan selalu makan gula kapas nanti kaki kena potong ;p

Lepas ni klau terjumpa terus nak beli. Nak mengimbau zaman kanak2🙂

©Hernee Nazir – 1 hari lagi.. chaiyok2 Hernee🙂