Cerita petang Rabu yang permai. 
Perancangan minit2 terakhir (wah translate last minute pulak) untuk adakan makan2 sebelum bulan puasa. Saya dengan rela hati menjadi AJK Makanan dan Bendahari tanpa dilantik oleh sesiapa pun. Mula2 lokasi pilihan Restoran Saujana memandang lokasinya dekat dengan office, tapi bila contact dengan boss nya dan bagitahu kami nak buat BBQ, dia kata diorang punya set pembakar tak ada. Terus ligat cari tempat lain, dan terfikirlah nak buat makan2 ni kat Restoran Tanjung Nelayan. Bincang punya bincang dapatlah harga seorang RM25. Jumlah kawan2 termasuk boss yang nak join adalah 24 orang termasuk juga suami saya🙂 Makan sedap2 tak boleh sorang2 mesti ajak En. Nazir juga ngeee~

Antara menu2 yang ada..

Semuanya diuruskan oleh staff2 restoran.. Kami datang bawa perut je hehehe..
Habis je office hour masing2 dah menggelupur nak pergi. Boss2 masih sibuk berbincang pasal kerja. Kami pun pergi dulu le. Sampai2 semua tak tunggu boss terus membedal. Memang lapar gila agaknya diorang ni kan hehehe.

Masa untuk kami makan belum tiba.. jadi tengok je la mereka2 makan.

Bila turn kami sampai.. ha tak tengok kiri kanan. Makan macam tak pernah jumpa makanan ngeh2. Semua longgok depan mata padahal makan untuk berdua je.

Tak sangka big boss, Capt. Chong yang super busy ni nak join petang tu. Saya sempat jengah kalendar email dia yang dia dah set sendiri “Pre Fasting Dinner” Wahhh semangat betul dia nak join kami. Thanks Capt.

Ni pasangan pengantin yang akan bersanding Ahad ni. Sorry ya Eryn dan Akim, akak tak dapat datang la majlis korang nanti sebab suami saya tu ada kursus hari Sabtu dan Ahad ni. Jadi saya akan terperuk di rumah saja🙂
Layankanlah gambar2 kami.. ada banyak lagi saya dah sumbat dlm FB. Muka2 yang tak pernah nampak dalam blog ni adalah muka2 budak2 praktikal kat department kami ni.

 Last but not least, berposing with my better half ;p
Ni Capt Akashah yang paksa..

Keseluruhan makanannya memang sedap dan mengenyangkan. Banyak juga lebih dan kami bagi2 bawa balik ke rumah. Cuma Pak Dollah je yang tak dapat datang walaupun dah bayar. Jadi saya bungkuskan untuk dia merasa. Masa nak balik tu singgah sekejap rumah dia hantar sebelum menghantar Puan Sri Ita balik ke rumah🙂

Itu saja cerita makan2.

©Hernee Nazir – Next makan2 will be majlis berbuka puasa beramai2..🙂