Semalam saya duk jengah blog Cik Min. Dia masak Ayam Masak Sos Tiram punyalah kecur gila. Terus teringat yang baki ayam ada banyak lagi kat rumah. Balik semangat nak masak ayam dan inilah hasilnya untuk santapan malam. Jauh beza betul dengan rupa masakan Cik Min ;p Dia punya masakan macam lembab sikit berkuah, saya punya kering kontang sikit tapi rasa alhamdulillah sedap ngee~ 
Resepinya sangatlah mudah, pejam mata pun boleh siap hehehe. Boleh rujuk blog Cik Min 

Ayam Masak Sos Tiram..
Kentang Masak Air

Telur Masin

Alhamdulillah, kenyang gila. Senak perut En. Nazir pergi kerja hehehe. Minggu ni mood nak masak tu sangatlah berkobar2. Pukul 5.30 pm je dah cabut balik. Sambil masak sambil tengok Epilog Syurga Cinta. Rasa2 saya macam dah terpikatlah dengan drama tu lagi2 dapat menatap muka si comel Mia Sara Nasuha tu. Harus balik awal tiap2 hari ngeh2. Next entry nanti saya masukkan sinopsis Epilog Syurga Cinta ya😉

©Hernee Nazir – Tak sabar nak memeriahkan BBQ Party petang ni kat Restoran Tanjung Nelayan bersama2 officemate..🙂