Macam serius je kan soalan tu hehehe. Sebenarnya saat2 orang lain dah mengecap keuntungan melabur, saya baru je mulakan langkah membuat pinjaman untuk pelaburan ASB ni. Itu pun setelah dipaksa secara lembut oleh En. Nazir hehehe. Sebab dia kata saya ni kena paksa menabung, kalau tak ada je alasannya. Sebelum ni saya menyimpan sendiri je dalam ASB, masuk sikit keluar je yang lebih tak sempat duit tu nak beranak pinak saya dah keluarkan hehehe.
Berbalik kepada soalan saya di atas, apakah pandangan kawan2 tentang pinjaman untuk pelaburan dalam ASB?

Saya rasa dengan cara membuat pinjaman ni sekurang2nya saya boleh berdisiplin. Orang bank tu pesan, supaya berdisplin dan tidak sekali-kali mengeluarkan hasil pulangan yang kita perolehi untuk berbelanja. Sebaiknya kita laburkan semula duit hasil tersebut di dalam ASB. Dia pesan juga kalau kita ada duit lebih bolehlah bayar lebih dari yang ditetapkan mungkin kat situ kita dapat menjimatkan masa. Terpulanglah pada kita nak uruskan macamana. Kalau rasa nak gunakan untuk perbelanjaan kita pun apa salahnya, asalkan tak melampau2 dari tujuan asal kita nak menyimpan.Bulan ni mulalah gaji saya dipotong tak banyak pun, baru nak mencuba kalau ok esok2 tambah lagi hehehe.

©Hernee Nazir – Pesanan saya, melaburlah di saluran yang betul. Jangan terpedaya dengan pelaburan di internet yang menjanjikan pulangan yang lumayan tapi meninggalkan kesan negatif pada diri kita sendiri. Kalau fikir secara logik akal sekalipun, tak semudah itu company2 tu nak bagi kita duit beriban2 betul tak.