Kehendak pertama..

.. nak merasa Mc Donald ‘s GCB. Alhamdulillah masih sempat merasa semalam hehehe. Sangat kebuluran masa membaham GCB ngeee~ Memang tak toleh kiri kanan. Mesti orang kata pelahap betul minah ni.

The NEW McDonald’s GCB: GREAT-TASTING chicken burger, with GRILLED juicy whole chicken thigh & GLORIOUS char-grilled sauce!

Sedap la GCB ni, rasa macam tak cukup 1 pulak hehehe. Encik Nazir makan ayam, tapi sempat juga menjamah GCB saya ni.

Lepas dapat memenuhi kehendak pertama kat Mc D Nusa Bestari, kami terus ke Taman Harmoni 2, melunaskan kehendak kedua..

.. cheese tart dah lama menunggu kami rupanya. Sampai rumah Kak Siti lebih kurang pukul 9 lebih tak silapnya.Masuk2 kereta terus bedal sebiji, Encik Nazir tak puas hati nak juga sebiji.

 
Nyum2.. sangat sedap tau. Rasa tak nak berhenti mengunyah. Memang tak rugi menempah dengan Kak Siti. Kalau terliur sekali lagi saya sarankan terjah la Batrisyia Delights Cake pasti memuaskan hati.
Bila dah meras cheese tart buatan Kak Siti sedap, En. Nazir terus request saya belajar buat cheese tart. Katanya nanti senang boleh buat banyak2 stok kat rumah hehehe. Nanti la saya cuba klau ada masa terluang.
50 pcs untuk kami makan2 kat rumah 50 pcs lagi malam ni nak bawa untuk ibu mertuaku. Jangan saya terbedal yang untuk bawa balik kampung sudah le hehehe.
©Hernee Nazir – Balik kampung.. tanam jagung ;p