.. ni la aktiviti saya lepas office hour. Nak duduk sorang2 kat office memang rasa SEGAN gila la kan. Jadi saya siap sedia dengan lappy dan jajan2 duduk merempat kat lobby. Ditemani aiskrim Cravio magnolia dan asam. Tetiba teringin nak makan asam (jangan fikir yang bukan2.. ini nafsu makan semata2 ;p)
Dari pukul 6 pm sampai pukul 8 pm menunggu sempat la layan FB mahupun blog sambil2 bermain Bejeweled. Encik2 Polis kat sini bakal jemu tengok rutin saya seminggu ni sebab minggu ni En. Nazir kerja siang, memang pergi kerja naik satu kereta je. Jadi dengan suka relanya saya menunggu.
Ni yang buat saya nak rakam suara sendiri nak menjawab soalan yang sama.
contoh soalan: 
“Tak balik lagi?”
jawapan yang saya rasa nak rakam dan tekan bila orang tanya:
“Tak tunggu suami saya balik pukul 8”
Tekan button setiap kali orang bertanya. Ok tak? hehehe.

Sent from my Chokia phone