Dialog semalam antara saya dan Anna..

“Long, kawan aku Kak Lily kata ko pendiam”

Maka Kak Long yang pendiam menjawab,

“Ha? Ye ke? Dia cakap macam tu?”

“Ha’ah.. dia kata kakak Ana yang sulong tu pendiam je ek, tak banyak cakap”

“Hahaha.. kakak tu biar betul?”

“Aku cakap dengan Kak Lily, kakak saya memang macam tu, lemau sikit”

“Perghh ayat ko ek, ko cakap dengan kakak tu, tak kenal maka tak cinta”

“Ah poyo la ko”

**dialog Anna dengan Kak Long yang pendiam tamat**

Konfius saya dengan Kakak tu, saya PENDIAM??? Oh tidak.. Kawan2 rapatku, adakah HERNEE yang anda kenali seorang yang PENDIAM??? Sila jawab dengan jujur dan ikhlas dari hati sanubari yang luhur ;p

Saya tak pendiam la, memang tipu la kalau kata saya pendiam. Mungkin masa kakak tu datang kenduri hari tu dia tak nampak saya bercakap. Takkan la masa kenduri arwah nak riuh rendah ye tak? hehehe. Nanti kalau kakak dengar saya bercakap tak nak berhenti pening pulak kepala kakak.
Kakak ooo kakak, silalah berkenalan dengan saya. Kakak belum kenal lagi saya sepenuhnya. Saya tak pendiam langsung pun. Banyak cakap ada la. Susah tau nak tengok saya diam kecuali dalam situasi tertentu.
Cuba tenung muka saya betul2.. ada rupa Kak Long Yang Pendiam ke? ;p
Ni rupa kebingungan bukan PENDIAM..

Ni rupa kegembiraan bukan PENDIAM..

Ni rupa kebahagiaan bukan PENDIAM..jauh sekali..
Soalan cepu emas, perak dan gangsa untuk En. Nazir:
Sila jawab dalam hati ngeh2~
Kesimpulannya, TAK KENAL MAKA TAK CINTA.. dah kenal barulah boleh bercinta..  macam yang En. Nazir buat masa dulu2 oopppssss.. larikssssss ;p

©Hernee Nazir – Saya dah cuba konon2 nak mendiamkan diri dan jadi pendiam dalam masa 1 hari tapi hampeh tetap tak berjaya🙂 Ada petua nak jadi pendiam??? Mari share dengan saya..