.. makcik tetap bangga ngeee~

Minggu lepaskan saya ada cerita yang saya buat Ujian Kesihatan untuk kali kedua. Masuk2 je dalam Port Briefing Room tu, Master Gopal (wahhhh.. siap hafal nama orang tua tu) lambai2 tangan and say ‘Hi’. Dalam hati ingat juga orang tua ni kat saya ek. Saya dan Ita pun terus la pergi ambil form dan isi apa yang patut. Staff2 lain pun ramai yang tengah beratur tunggu giliran. Dah isi form kitorang pun beratur la juga. Takkan nak potong queue pulakkan hehehe. Kakak sorang tu bagi rekod lama saya untuk compare dengan yang baru.
Sampailah masa yang ditunggu2, giliran saya pun tiba. Bila dah siap2 timbang itu ini semua, kena tunggu giliran nak jumpa Master Gopal ngeh2. Sempat belek2 result terbaru.
Ada yang turun dan ada yang naik ;p Belum sempat duduk, Master Gopal dah tegur..
“You pernah checkkan sebelum ni? Dah dapatkan rekod lama?”
“Dah” 
“Ok, good. Now, you see apa yang turun apa yang naik?”
Dengan penuh kejujuran..
“Berat saya naik sikit ikut rekod lama, lemak saya turun yang lain maintain”
Master Gopal pun memulakan bebelan.
“You see haaa, berat you naik, lemak you je yang turun sikit ada ok la, yang lain semua maintain.”
“Ye betul.”
“Nampaknya, dari hari tu yang I cakap you masuk telinga kanan keluar telinga kiri. You ni ibarat pokok yang tak berbaja. Mahu nampak kurus tapi tak bagi vitamin, zat dalam badan. You kena jaga badan you.”

Saya hanya tersenyum sambil menahan rasa panas telinga yang berdesing.

Cisssss, kot ye pun janganlah samakan saya dengan pokok. Ingat saya tak bagi vitamin ke kat badan saya. Dia siap cakap lagi vitamin kat farmasi semua tak bagus, yang dia jual bagus.
Kesimpulannya, Master Gopal bengkek sebab saya tak beli dia punya produk tapi asyik sibuk nak buat check up. Betul tak? hehehehe. Tetiba buruk sangka dengan Master Gopal kan.

Berat saya sekarang 53.6 kg sebelum ni 55 kg. Maknanya ada penurunan sebanyak 1.4 kg. Ok la tu, nampak la juga hasil dari usaha saya yang seciput. Nasib baik la dah turun, kalau maintain 55 kg, mahunya Master Gopal bagi ceramah motibasi 7 hari 7 malam kat cuping telinga saya ;p Confirm menanah telinga hehehe.

Lemak dalam badan pun ada la sikit terbakar hasil usaha aerobik agaknya ngeh2. Sebelum ni 34.9%, sekarang turun 0.3%. Bangga tak? Haaa bangga la sikit wakaka. Setakat 0.3% nak bangga besar2 buat diketawakan orang je. Bukan senang wooo nak bagi lemak tepu ini terbakar.
Semangat saya untuk membakar lemak akan tetap membara. Saya akan pastikan segala babat2 yang ada beransur surut tanpa memakan sebarang ubat2 kurus hehehe. Saya masih teringin nak pakai seluar2 dan baju2 saya zaman anak dara dulu ;p Ayat Master Gopal akan jadi pembakar semangat saya, (wahhh poyo di situ!) next time saya pastikan kepadatan tulang dan otot saya menjadi semakin mampat, tumpat dan padat sampai Master Gopal ternganga tengok result dan tutup bisnes hehehe.
Ya, itu idea jahat.. jangan ikut yang penting sekarang saya kena jaga kesihatan saya sebaik mungkin. Insya’Allah. Sayangi badan saya setiap hari. Saya akan pastikan badan saya seperti pokok yang berbaja🙂

©Hernee Nazir – Lambatnya petang, tak sabar nak beraerobik menyihatkan badan ;p