Semalam rezeki Aryan dan Mama dia dapat merasa Spaghetti Meat Ball Bolognise Umi Long. Aeh tapi Aryan tak rasa pun dia tukang tengok je Mama dia makan hehehe. Satu la yang saya puji sangat si Aryan ni, dia ni memang jenis pendiam agaknya ek. Dia memang tak banyak bunyi. Diam je. Kalau berbunyi pun bila kena agah dan bila dia berbual sorang dalam bahasa dia. Untung Mama dia, bolehlah online fb hehehe.

Lepas makan2 Uncle layan tv, Umi Long dan Mama duk membagaikan Aryan atas tilam buruk Umi Long tu.Aryan pun dah naik pelik agaknya, kenapa orang tua berdua ni sibuk snap gambar dia kan. Memang tak senang dia nak melepak kat rumah Umi Long.

Bila Umi Long yang tak pro ni pegang kamera Uncle, maka riuh serumah la jadinya. Umi Long tukang snap Mamanya tukang gelak. Sampai terhantuk, terbongkang Umi Long nak snap gambar Aryan tau. Terima kasih la Aryan jadi model free Umi Long semalam. Model kecil ni sangat sporting tau. Tak banyak kerenah hehehe.
Harap2 Mamanya puas hati la dengan gambar2 Aryan ni. Sesungguhnya Umi Long ni tahu snap2 saja. Lain2 semua kena tanya Uncle. Umi Long belum mahir lagi. Uncle suruh guna Auto, Umi Long pergi guna Appeture. Janji huruf “A” Umi Long bedal je hehehe. Tapi tu awal2 dulu la. Sekarang tahu le sikit2 hehehe.
Oklah, layankan saja gambar2 Aryan dan Mama.
Aryan Rayqal Al Bukhary

Last but not least, Aryan with Umi Long😉

Masa Aryan balik Uncle dah terbongkang depan tv. Mengantuk sangatlah tu agaknya. Bila dia terjaga, dia lasernya Umi Long “Amenda la.. ambik gambar riuh sekampung..hehehe” Dia tak tahu betapa syoknya Umi Long melayan Aryan kan hehehe.

Next time kalau Aryan datang lagi lepak rumah Umi Long kita snap2 lagi. Kali ni kita siap tukar2 baju pulak. Ok tak Mama Aryan? hehehe.