Mula2 plan nak melantak Kenny Rogers, tapi si Ita ni ada hal fumigation dia yang tak settle2 terus tukar lokasi kat Anjung Food Court, Nusajaya. Baru pertama kali nak mencuba. Before ni kawan saya Sufi ada bagi flyers untuk promote kat staff2 kat sini. Dari sehari ke sehari nak mencuba akhirnya hari ni baru pergi. Tapi kecewa la juga sebab tekak dah meminta Kenny Rogers sekali masuk makanan lain. Apa pun alhamdulillah.

 A Brand New ‘Makan’ Experience In Nusajaya

Masa mula2 sampai agak blur2 juga la nak memilih makanan. Ronda semua kedai. Last2 Kue Tiaw gorang yang saya pilih dengan harapan rupa Kue Tiaw tu macam dalam flyers. Rupanya sangat mengecurkan.

Air pilihan saya, Star Fruit Juice speaking London sekejap. Sebab masa saya minta air belimbing, Encik Waiter macam tak faham. Bila cakap star fruit baru faham ngee~ Air dia memang terbaik dari ladang belimbing lah. Rasa tak cukup segelas tadi. Harga standard la RM2.50. Mahal ke murah?

Kue Tiaw goreng yang tak sama macam dalam flyers. Harga RM4.50 sahaja. Mahal ke murah? Rasa boleh tahan la. Tapi nak juga yang macam dalam flyers. *gila* En. Nazir kata “dalam gambar mana sama cik kak oi” hahaha. Saja je~

Nazam dan Fara makan Nasi Beriyani Ayam Masak Merah. Harga RM7 sahaja. Tapi rupanya tak macam beriyani sangat la macam nasi  minyak je. Rasa saya tak tahu sedap ke tak. Lupa pulak nak songlap dari pinggan Fara tadi ;p

Ita pulak makan Nasi Goreng Daging Kunyit. Harga RM4.50 juga. Rasa bolehlah sedap kot kata Ita yang tengah lapar ;p

Masa ni semua orang dah dapat makanan, tapi saya je yang tercorot dapat, Dah le lapar tahap dewa2. Sampai sana pukul 2pm. Memang keluar lambat. Menahan je la perut yang krek kruk dan kadangkala mendendangkan bunyi guruh dan petir ni.
Kenangan terakhir dengan Fara, budak UiTM yang praktikal kat HSE Department. Hari ni last day dia praktikal. Isnin dah masuk kelas semula. Entah bila dapat jumpa lagi kan Fara.

Buat Fara,

Good luck ye.. Study rajin2 dan jangan lupa kitorang kat sini..

Lepas makan2 berdezup balik office. Walaupun boss besar tak ada, kiranya ketaatan dengan office tetap ada. *poyo*

©Hernee Nazir – Esok rasa nak masak siakap 3 rasa la.. dari semalam dah terbayang2 ni.. dah lama tak masak siakap..