..bukan tomyam tu yang kembar ye. Tuan punya kedai makan yang kembar hehe.  Lokasi  tepi jalan Kampung Melayu Gelang Patah. Makan kat sini beberapa minggu lepas. Tak ingat bila, sekarang baru nak publish. Nanti kalau berderet2 entri makan ada pulak yang meleleh air liur hehehe.
Menu pilihan kami..
Sup tulang..

Burung puyuh goreng kunyit..

Tak dilupakan sambal belacan yang sedap gila..
Semua yang di atas adalah sedap2 belaka. Tak percaya? Jom cuba. Minggu lepas kurang luck la. Tiap kali minta jus belimbing mesti tak dapat. Alasannya belimbing tak ada la, apa la kecik hati saya tau ;p Ya, sayalah peminat belimbing tegar.
Harga makanan kat atas tu pun kiranya berpatutan la. Budak waiter tu siap bagitau, harga sup mahal sikit sebab tulang mahal. Apa2 la dik, yang penting semua dah selamat masuk perut dan perut pun rasa macam nak terburai dah. 

 

Itu saja merapu pagi😉

©Hernee Nazir – Gigih saya membuat entri ni di malam hari.. Hari ni saya half day masuk office around 11.30am. Ada hal2 yang perlu diuruskan. Selamat bekerja untuk semua terutamanya buat Ita, Kak Intan, Nazam dan En. Nain. Kerja rajin2 tau hujung bulan saya naikkan gaji ;p