Semalam kami berlima (En. Nazir, saya, Anna, Ayu dan Pak Beng) meronda2 ke Bazar JB. Saja ajak adik2 dan pakcik jalan2. Lepas tu lepak makan2 pulak. Oopppsss I’m on diet.. buweeekk ;p

[gambar adalah diedit menggunakan photoscape haje (agfa film effect) sebab kamera Nikon D300s saya terlalu power hehehe]

Kamilah zuriat2 En. Samshudin dan Puan Kasmah. Anak sulong yang tengah sekali, nombor dua yang kanan dan anak bongsu yang paling kiri sekali ;p Mati la kalau adik2 saya baca.

Tiba2 suami saya menjadi Robocop. Ape kes??? Dia tengah mencuba Ainur Eye Drop untuk mengurangkan masalah kerabunan mata. Budak tu ajak juga saya mencuba, tapi macam biasa saya penakut. Terbayang2 kalau saya jadi “Hernee Selamat” lepas titikkan eye drop terus tak nampak hehehe. Ahh.. jangan layan itu semua merepek.. pengaruh tv terlalu kuat ;p

Pak Beng agak pasrah dan redha bila dapat anak sedara macam ni. Sabar je la ye, kami memang suka bergambar. Rasanya yang buat dia tak sabar satu je, bila si Anna tu merebehkan bahu dia hehehe.

Lepas meronda2 tu, kitorang pun bergerak la ke destinasi lain. On the way nak ke kereta, saya tanya dengan diorang..

“Aeh kita nak makan kat mane ni??”

Dengan muka confidentnya Ayu menjawab..

“Kite makan Nasi KAMDAR yok”

“Woi banyak la ko punya nasi kamdar.. nasi kandar la”

Terus gelakkan si Ayu. Aeh tapi kenapa saya sorang yang gelak ni? Mana orang lain? Kenapa tak nak gelak? Huh.. Pasrah.. Tak nak geng ;p