Jumaat lepas punya cerita, lunch kat Warung Asam Pedas Ikan Sembilang, Kg. Pasir Tampoi. Rehat 2 jam tapi terpaksa sampai office semula setengahh jam lebih awal, sebelum pukul 2pm sebab Ita ada meeting.

Dari jauh dah nampak kereta bersusun..

Emmm.. dah sampai pun..

Menu utama pilihan kami.. Siput Sedut Masak Lemak..

Ikan Keli Goreng Sambal..

Bendi Celur Cicah Sambal Belacan yang sedap gila..

Sambal Udang untuk pencinta udang sejati.. Ita..
Memang sangat memuaskan hati. Masakannya memang tip top. Semuanya secukup rasa. Memang tak rugi satu sen pun makan kat sini hehehe. Siapa2 yang belum pernah mencuba, jom cuba kat sini. Lauk memang sangat pelbagai. Memang ada asam pedas ikan sembilang, tapi mood nak makan ikan sembilang tak ada. Jadi kami tak pilih pun menu tu. Sambal belacan dia, serius sedap gila. Sampai melekat bau belacan kat tangan ni hehehe.
Harga saya tak pasti, sebab kawan yang baik hati belanja masa tu. Saya pun menjoyah dengan taukey warung ni tanya bila warung ni tutup. Taukey dia kata, dia tutup dua minggu sekali setiap hari Jumaat. Dalam hati terus berkata, “Oh kalau tetiba malas masak hari Ahad, bolehlah ajak En. Kuih Lonjong makan kat sini”. Idea pemalas datang ;p Sekali balik rumah beriya mengajak, dia terus jawab. “Ala, orang dah pernah makan kat situ masa bujang2” huh. Hancur harapan menghasut. Tak apa next time usaha lagi menghasut ;p
Itu la cerita lunch kami yang sangat best di tengahari Jumaat. Kawan2 kalau nak lunch kat sini jangan lupa pelawa saya hehehe. Kita makan secara berjemaah ok.



©Hernee Nazir – Entri makan lagi.. jangan marah, nanti cepat tua.. buweeeekkk.. ;p