Selamat Hari Bapa.. Ayah..
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Ayah. Panjangkan umur Ayah. Kurniakan Ayah rezeki yang halal. Kami sayang Ayah sangat2. Hanya Ayah saja tempat kami mengadu. Kami harap kami diberi peluang menjaga Ayah sampai akhir hayat Ayah macamana kami jaga arwah Mak. Amin, insya’Allah.

Kenangan sepanjang hayat..

Family Potrait
Kami takkan pernah melihat matahari tanpa lelaki bernama Ayah..
Terima kasih Ayah atas segala pengorbanan mendidik dan mendewasakan kami. Semoga Allah membalas dengan balasan yang setimpal.
Untuk suami tersayang..
Jangan pernah putus asa, semoga suatu hari nanti gelaran ‘Ayah’ akan menjadi milik awak juga. Mungkin Allah nak beri kita yang terbaik. Allah juga akan uji kita hingga titik terlemah. Ingat yang satu itu.
Untuk semua bapa2..
Selamat Hari Bapa. Semoga pengorbanan anda semua  diberkati oleh Yang Maha Esa.

©Hernee Nazir – Bila tengok gambar ni semua.. rasa rindu datang lagi.. tenanglah bonda di sana..