Semalam ada orang yang mengidam nak makan durian. Tak tahulah pregnant dah berapa bulan ;p. Jadi saya yang tak sampai hati ni terus ajak dia beli durian Pak Ajis. Balik dari rumah pengantin kitorang terus terjah. Sebelum tu dah sms Dida, nak pastikan yang ada semua durian terbaik dari ladang hehehe.
Dah lama gila tak makan durian. Bukan kata pakcik mengidam tu je yang mengidam, saya pun dah jangkit. On the way nak ke rumah Pak Ajis, sempat telan air liur 500 kali tu ngeeee.. Nikmatnya dapat makan durian. Siap makan kat situ, jadi senang sikit tak payah menyerak kat rumah ;p

Buat pertama kalinya Umi Long dapat jumpa Aryan, selepas makan durian. Maklumlah Umi Long dengan Uncle kan duduk kat obersea. Balik Malaysia 4 tahun sekali, tu yang susah sangat nak jumpa Aryan hehehe padahal rumah sekangkang baboon jek ;p

Dah besarkan Aryan, kata Uncle Aryan ikut papa dia tang mata. Nanti dah bujang confirm mata Aryan jadi aset utama nak kenyit2 anak dara kan hehehe. Nasib baik juga Umi Long sempat datang sebelum Aryan membujang, kalau tak mana tahu tiba2 Aryan datang bawa kad jemputan je kan hehehe.
Itu je cerita Aryan dan durian ;p

©Hernee Nazir – Dah ada yang request nak makan bubur kacang letak durian.. untuk yang merequest itu.. sila beli durian lagi ye ;p