Gema takbir di subuh hari..
Menjelang sudah Aidilfitri..
Tapi hamba musafir diri..
Ke sana sini membawa diri..
Wakaka.. apa kes tiba2 nyanyi lagu raya ni?? hehehe. Hari Jumaat lepas kitorang bertolak ke KL nak jumpa anak2mu bukan anakku and the next day nak ke Shah Alam tengok kawan yang sangat baik kahwin. Kitorang dari JB naik bas je. Maklumlah kereta agak antik nak jalan jauh, lagi pun kalau bawa kereta confirm sesat barat tanpa bantuan “GPRS” kata Cdot hahaha.(banyaklah ko punya GPRS Dot)
Sampai pukul 3.45 pm lebih kurang la. Terus contact Cdot yang masih lagi kat office. Dia kata dia keluar pukul 4.45pm. Sementara tunggu dia dan Apek tercinta sampai, kitorang bermusafir kat tepi jalan. Agak sedih juga la keadaan kami masa tu kalau family2 tengok wakaka. Almaklumlah kami tak berapa nak tahu kat mana tempat lepak paling sesuai kat Bukit Jalil ni. Maka duduk je la tepi jalan.
Sambil mata melilau2 mencari mana arah datangnya Cdot, saya pesan kat Anna, “Na, ko jangan wat muka selenge, tau2 kang Kak Cdot snap muka kita tepek kat blog dia” Saya pun cepat2 cover hidung ditakuti akan terkembang bila2 masa je hehehe.
Model tepi jalan..hehehe

 Saja nak lawan diameter hidung siapa lagi besar.. wakaka
Dalam masa satu jam menunggu Cdot, kami sempat memerhatikan gelagat2 manusia di sekeliling. 

 Bas yang rosak di tengah jalan..
 Motor yang rosak di tepi jalan..

 Pasangan yang nak melintas jalan.. ;p
Minah Salleh yang nak melintas jalan juga.. Wahhh kan main lagi En. Kuih Lonjong ni ek.. Sempat je snap minah ni..

 Encik yang tertonggeng2 tengah check beg🙂
Tengah duk memerhatikan gelagat manusia, tiba2 dapat sms..
“siannya aku tengok korang ber3.. seyes sedih..huwaaa”

“jap tengah u -turn.. sabar sobat.. yg penting idung jgn kembang sgt dok situ..


Cisss.. sempat lagi nak mengutuk hidung kembang saya kan..

Cdot sudah nampak bayang2 kitorang. Tapi kitorang tak nampak pun bayang dia. Rupanya dia dah lalu depan kitorang. Sekejapan lepas tu, dia pun sampai dengan Apek dan angkut kitorang lepak kat rumah diorang.

©Hernee Nazir – Hujung minggu kami dihabiskan bersama2 keluarga Hiew.. banyak lagi cerita next entry.. ;p