..wahhh royalti katanya :p
Apa perasan korang bila rumah korang dijadikan ruang pengiklanan si pemaju? Walaupun kat luar rumah je, tapi agak bengang juga la kan. Balik dari kerja tengok depan rumah dah ada banner terbentang luas. Apakah???? Sekurang2nya inform la kat kitorang ke kan. Mana boleh suka suki nak samakan rumah kita dengan rumah contoh diorang.
Pagi tadi En. Nazir sempat la komplen sikit kat budak office sebelah rumah tu. Kalau boleh minta remove banner tu secepat mungkin. Bukannya kitorang berkira sangat, tapi agak2 la ya, dulu rumah kami jadi store cooker hood diorang, sekarang jadi pusat pengiklanan percuma pulak.
Bak datang sini duit royalti ;p
Dah le tensi dengan ‘kakak yang masih tak pass ujian memarking tu’. Saya dah ada plan baik punya hehehe. Jangan bagitau kakak myvi tu tau, nanti saya nak bagi nota misteri nusantara untuk dia. Supaya lepas ni dia boleh parking myvi dia mengikut petak yang disediakan. 2 bulan saya tinggalkan rumah tu, saya ingat skill memarking dia boleh improve tapi telahan saya salah. Lagi teruk ada la, parking kereta macam kena kejar hantu hehehe.

Kakak myvi.. Kakak myvi.. Bila la nak berubah😉

Sent from my Chokia phone