..settle juga tag dari Kak Shikeen aka Cyber Mummy.


(kak, sorry banyak sangat hutang tag dengan akak)

1. Apa yang akan anda buat bila dapat tahu member anda tikam belakang anda?

Oh, saya rasa macam nak tikam dia semula.. boleh tak? hehehe. Tak ada la saya tak sezalim tu. Paling tidak pun saya buat tak tahu je dengan orang macam tu. Asalkan dia tak kacau periuk nasi saya. Kalau dia over juga saya memang cari sumpit dan sumpit je dia hidup2 wakaka. Apa pun kalau hari ni dia tikam saya dari belakang, esok lusa mungkin akan ada orang lain yang tikam dia pulak. What you give, you get back la. Adil bukan?


2. 6 orang di hati anda.

Ala.. kenapa 6 je.. kenapa tak 16 ke 60 ke.. hehehe.. Ok la 6 orang itu ialah.. bonda tercinta, ayahanda tersayang.. suami terpaling sangat sayang ;p.. family sendiri dan family En. Nazir.. kawan2 realiti dan alam maya.. serta Blog Picisan Ini.. muuaaaaahhhhh..

3. Anda rasa anda comel?
Oh, tak pernah saya seperasan itu ya. Kalau tak comel dimata kawan2 pun tapi saya rasa cukuplah jadi comel di mata En. Kuih Lonjong. Itu dah memada’i ;p Tapi kan.. tapi kan.. Cdot kata hidung saya comel la dari gigi dia.. wakaka..


4. Single or taken?
Taken since 2007

5. Blog yang anda suka….
Banyak sangat. terutamanya blog yang berkongsi suka duka hidup, blog2 fotografi, blog2 masak2 (saja buat kecur air liur sendiri), blog2 online shopping, blog2 tip2 rumahtangga.. banyak lagilah malas nak senaraikan satu persatu.

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
 
Sebelum pergi kerja mesti kemas dulu, kadang2 berterabur juga tapi taklah sampai macam kapal karam singh walia ;p
7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu Aku Bukan Aku nyanyian Tilu.. masih dengar lagi ni.. suka gila.. tapi tak ada makna tersirat dan tersurat ya..

8. Last text message..
 

Dari En. Kuih Lonjong.. “Kpok lekor ni kalau goreng kena basuh dulu tak?”

9. Last phone call..

Dari En. Kuih Lonjong juga.. topik masih bertanya macamana nak goreng keropok lekor yang Ita bagi hehehe.

10. Hari terakhir anda menangis

Dua hari lepas saya mimpi jumpa arwah mak. Masa tu dua orang pakcik saya meninggal. Mak cuma tersenyum berdiri sebelah saya. Saya menangis meraung2 sedih dengan kematian pakcik saya tu, bila terjaga saya masih lagi menangis. Rupa2nya saya bermimpi. Nasib baik En. Kuih Lonjong tak balas dendam masukkan dalam blog dia kan hehehe.

11. Five-5- favourite colour

Pink, White, Black, Blue and Chocolate..

12. Orang terakhir YM?

Cdot.. 2 hari lepas..
13. Game paling anda suka?
 
Sekarang tengah gila scrabble..

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
 

Sangat penat nak menjawab  ngeeee..

15. Anda rasa tag ini best?
 

Best juga, sekurang2nya otak saya bekerja nak memikir apa jawapan yang sesuai..

16. Tag lagi 10 orang.

Fuhhhh.. siap juga akhirnya. Penat juga otak ni. Lenguh dah otak kiri kanan fikir jawapan hehehe. Dah lama tak menjawab tag. Baik punya peram ni wakaka.
Thanks Kak Shikeen yang rajin mengetag saya yang pemalas nak jawab tag ni..😉


©Hernee Nazir – Silalah jawab tag ni ya. kalau free la.. tak ada paksaan pun ;p