Perghhh bengang betul gambar2 semua hilang. Gambar tengah buang ekor dan kepala tauge pun hilang. Mana pergi entah, pen drive pun dah namjaham kena virus2 cinta ;p  

Macam yang saya cerita kat dalam entri Jumpa Budak Mata Bulat🙂  saya khayal menolong anak2 Kak Long membuang ekor dan kepala tauge. Rupa2nya kat area Taman Cendana ni ada sebuah lori yang dipanggil Mr. Tauge datang bawa tauge banyak2 dah upah orang2 sekitar flat ni. Suka hati la nak ambil banyak mana pun. Sekilo kalau dia hantar sebelah pagi upahnya RM1.50 kalau petang pula RM1.80. Hantar Subuh, ambil petang dan hantar petang ambil malam. Harga malam tu yang mahal sikit la konon2nya kena over time kan hehehe.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu Angah anak Kak Long ni akan ambil tauge ni. Daripada dia merayau main ke sana ke mari dia lebih rela buang ekor tauge. Dapat juga tambah2 duit jajan. Lagi pulak bila ada geng2 dia yang join. Duduk beratur tepi kaki lima buang ekor. Makciknya pun apa lagi join sekaki. Syok pulak tengok dorang semangat nak cari duit sampingan. Pakcik pun teruja nak tolong juga. Start pukul 4 lebih tolong, sampai ke pukul 9, siap la 2 kg tauge.

Angah kata, “makcik jangan balik dulu, tunggu lori Mr. Tauge datang”

Kebetulan masa dah siap2 membuang ekor tauge tu, terdengar bunyi hon.. tin..tin..tin..

Bila jengah keluar, dah ramai rupanya mengejar lori Mr. Tauge. nak gelak pun ada tengok, dah macam ada perhimpunan apa dah. Semua terkejar2 nak cepat, minta ditimbang tauge2nya.

Mr. Tauge Datang..
Gambar sangatlah tak berkualiti adanya. Harap maklum i guna hand phone cokia je ya hehehe. No mega2 pixel bagai semua😉 Masa ni dah tak nampak mana mak budak, mana anak2nya. Semua dah berhimpun kat belakang lori Mr. Tauge. Alhamdulillah hasil kerjasama dengan Angah, dapatlah dia duit jajan RM3.60 hasil usaha membuang kepala dan ekor 2 kg tauge. 

Mr. Tauge sampai je terus hujan renyai daaaa. Hujan rahmat tu, rezeki untuk anak2 Taman Cendana. Tauge2 yang dah dibersihkan ni akan dihantar ke Singapura untuk dijual kat hotel2 dan kedai2 makan yang menempah. Cerewet juga diorang ni kan, nak buang kepala dengan ekor sekali. Kalau kita kat rumah buang ekor sudah. Lagi satu taukey Mr. Tauge siap pesan buang guna hujung jari bukan kuku ya, kalau tak reject hehehe. Lepas tu sebelum timbang diorang akan check sama ada tauge tu ok ke tak, kalau dah lebam je rupa dia tu nanti kena reject juga. Boleh bawak balik suruh mak masak tauge goreng ;p

Itu je la cerita Mr. Tauge🙂

©Hernee Nazir – Kenapalah lori Mr. Tauge tak lalu kat Gelang Patah ek, kalau tak time weekend boleh part time bersihkan tauge ;p