Ahad lepas, konon2nya nak jadi pom2 girl untuk sorak sorai masa En. Nazir main bowling. Poyo je kan. Pagi lepas En. Nazir balik kerja terus siap2 nak pergi Leisure Mall. Belum pun siap kawan2 dia dah datang nak ajak saing.
En. Nazir umpan diorang dengan nugget dan sausage yang sempat saya goreng plus air super power yang dibuatkan khas untuk 4 orang pemain bowling ni dengan harapan balingan diorang menjadi sangat power sampai semua bowling pin tergolek2 termasuklah bowling pin lane sebelah ;p

Kitorang sampai Leisure Mall dalam pukul 10.10 minit. Dorang pergi mendaftar, saya mencari geng2 office yang kenal sementara nak tahu En. Nazir tercampak kat lane mana.

 Agak poyo gaya mamat kuih lonjong ni kan ;p

Part gaya saya bagi dia markah 101% hahahaha. Gaya je la, lain2 belum boleh bagi gred ke mahu pun bintang2 bekerlipan lagi. Kena banyak lagi berlatih ya En. Nazir. Tapi tak ada lah teruk sangat cara dia main bowling ni. Sepanjang kenal sampai kahwin, baru kali ni saya tengok dia main bowling. Sekarang dia lebih banyak melayan badminton mungkin dia nak jadi pesaing Lee Chong Wei. Selamat datang ke dunia badminton Encik Lee Chong Kak ;p

Kawan2 satu lane.. En. Nazir, Firdaus, Azlan, Jay dan Ariff..
Penyokong setia walaupun kadang2 tak fokus tengok dorang berbowling ;p

Asyik melayan si Cdot kat fb. Pening kepala bibik layan minah tu. Dah macam orang gila asyik senyum sorang2. Cdot.. Cdot.. bilalah nak berubah🙂

Game ni habis pukul 12 lebih kot tak silapnya. Terus je balik sebab dah menang teruk hehehe. Lunch kitorang kat Banafe Village. Next entry saya cerita ya. Sebelum ke Banafe Village terjumpa Skuad Perodua Era pun cerita next entry ;p

Ikhlas dari tuan punya blog, kalau ada yang rindu nak tengok wajah terbaru🙂

©Hernee Nazir – Apa macam nampak gemuk ke makin slim? wakaka.