Hari ni nak tayang menu Ahad pulak. Sebenarnya kepingin nak makan siput sedut masak lemak. Tapi siput sedut tak dijumpai setelah sekian lama saya mencari. Nak cari kat pokok bakau memang kirim salam la hehehe. Tetiba teringat arwah Mak yang dulu memang suka pergi cari siput sedut kat pokok bakau. Sekarang nak makan kena beli je la. Dah le susah nak jumpa. 
Cari2 siput sedut terjumpa ketam. Terus tukar ketam masak lemak je la. Inilah hasilnya yang tak seberapa. Cukuplah untuk makan dua orang. Itu pun ada lebih sebab tukang beli tu tamak sangat bila tengok ketam banyak🙂

 Ketam Masak Lemak Hernee Nazir’ Style ;p

bahan2nya:

8 ekor ketam
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 batang serai
3 helai daun kunyit 
santan
air secukupnya
garam dan serbuk perasa

cara2nya:

blender bawang2, halia dan kunyit. masukkan ketam ke dalam periuk, dan masukkan bahan2 yang diblender tadi. kemudian, masukkan santan dan tambah air mengikut jumlah kuah yang diinginkan. lepas tu, letakkan periuk atas dapur, of course lah kan. kalau tak macamana nak masak hehehe~ masukkan serai, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. oohh ya, saya masak tak tumis bahan2nya. semuanya saya leburkan dalam periuk. rajin2 kacau kuahnya supaya tak pecah minyak. agak2 dah mendidih bolehlah diangkat.

 Kacang buncis goreng..
Kacang buncis goreng tu macam biasa la ye lebur2 lada merah, bawang besar, bawang putih yang dimayang dan letak sohoon dan kacang buncisnya. Mudah je. Boleh masak sambil pejam mata *tipu* nanti karang tergoreng tangan sendiri pulak ;p
Tunggu En. Nazir balik kerja, jadinya pukul 4 lebih baru saya makan. Lagi pun perut masih kenyang lagi sebab dapat makan roti tampal goyang di pagi hari hehehe.Thanks to En. Nazir yang tolong snap picture. Kalau nak harap wife dia yang tak berseni ni memang gambar entah apa rupa la. Kabur je manjang.
Ok, itu saja nak tayang. Lepas ni ada satu lagi entri makan tuan punya blog ;p

©Hernee Nazir – Selamat menjamu mata lagi sebelum lunch hour🙂