.. sekarang, joran dia pun entah ke mana terbang melayang. Cuti je nak pergi mancing. Sekarang cuti je nak pergi ambil gambar. Tak nak pulak dia ajak saya jadi model sambilan untuk sesi photoshoot dengan kawankawan dia tu ;p Takut kamera rosak agaknya hahaha.
Dah ada hobi baru pancing memancing dia lupakan. Seingat saya semenjak saya mengandung kali terakhir, dia dah tak layan langsung joran2 dia tu sampai sekarang ni. Tak tahulah minat dah tak ada ke, tak ada masa ke atau malas ;p Kalau dia rajin mancing dan kebetulan ada rezeki lebih, selamat budget lauk 2 3 hari hehehe.

Ni gambar2 recycle. Gambar masa kitorang mancing beramai2 anak beranak da sepupu sepapat.

Ni pulak kaki pancing pilihan majalah Joran, rekod terbaik yang kaki pancing ni dah capai ialah bila mendapat ikan belukang secara berturut2. Tu yang terpilih masuk majalah Joran tu hahaha. *Just kidding*
En. Nazir jomlah kita mancing. Nak ikut! hehehe.

©Hernee Nazir – Pegang joran pun tak betul sibuk nak mancing.. piiiraaaaahhh untuk diri sendiri ;p