Semalam petang pergi rumah Azie sempena majlis kenduri aqiqah Ashraaf. Nak ajak En. Nazir dia kerja pulak. Jadi saya pun tanya la Puan Dida kot2 dia nak join sekali. Dia nak pergi juga, ada la kawan saya. Janji pukul 3, tapi siap inform kat Dida “pukul 3 janji Melayu tau” maknanya faham2 je la. Janji pukul 3, kurang2 pukul 3.30 baru gerak. Before gerak call Mummy Dasy pulak, kot dia nak saing tapi dia dah nak gerak dengan anak2 and hubby. Korang pergilah dulu ya, sekejap lagi kami sampai.

Sampai je, majlis dah nak hujung2 la, makcik2 dah nak habis berzanji. Bila dah selesai dorang jemput makan. Oh alangkah gumbiranya rasa hati bila ternampak lauk daging kambing nyum2.

Ni je la gambar yang sempat di snap. Gambar makanan saya hehehe. Lain tak sempat sebab dah nampak kambing jek. Masakannya sedap, thanks Azie and family!

©Hernee Nazir – Pagi2 dah tayang makanan. Sorry Huda.. akak terbuat entri makan n ada 2 lagi entri makanan hehehe.. Kawan2 doakan Huda selamat ek, dia tengah berperang dengan dugaan kesakitan melahirkan anak. Akak doakan semuanya selamat. Ingat Allah selalu.