SAYA RINDU DENGAN RUMAH SENDIRI😦
Semenjak Mak pergi, saya dan En. Nazir memang bermastautin kat rumah Mak. Sayalah Mak, sayalah kakak. Yang kuat membebel kat rumah tu pun saya🙂 Balik ke rumah sendiri sekejap2 dan dalam masa lebih kurang 2 bulan ni, baru sekali tidur kat rumah sendiri.Cuma En. Nazir je yang kerap berulang alik ke rumah, tak nak rumah tu terbiar.
Entahlah saya pun tak tahu bila saya nak balik semula ke rumah saya tu macam dulu. Macam jauh sangat je kan. Padahal sekangkang semut je rumahnya. Mula2 plan nak sewakan je, tapi bila fikir2 sayang pulak rasanya. Nanti habis semua jahanam kat tangan orang. Hancur la plan deko2 saya tu.

En. Nazir ingat saya dah lupa kat rumah sendiri. Oh tak mungkin En. Nazir oi. Rumah ni la yang mengajar saya erti hidup berdikari. Kat rumah ni la saya belajar membahagikan masa. Kat rumah ni la saya tahu macamana penat lelah Mak saya handle rumah sorang2 dulu. 
Dekat office petang je dah kena fikir balik nak masak apa. Balik kerja kena kejar masa nak masak, lagi semput kalau En. Nazir kerja shift malam. Balik kerja terus bersilat gayung kat dapur. Alhamdulillah dalam masa yang singkat, sempat masak sebelum dia pergi kerja. Kat rumah tu jugalah saya tahu macamana nak uruskan belanja dapur dan belanja2 lain walaupun kadang2 failed :p
Pernah saya berbual dengan arwah Mak dulu.
“Mak, orang macam tak percaya je dah duduk rumah sendiri rasa masak sekejap je.. 1/2 jam dah boleh masak 2 3 jenis masakan.. masa anak dara kalau duk dapur rasa berzaman baru siap masak”
“Ye la, kat rumah sendiri ko tau yang ko tak cukup masa, nak buat itu, nak buat ini, sebab tu la ko rasa kejap je”
Betul cakap Mak. Memang dah tinggal kat rumah sendiri baru kita tahu susah payahnya nak berdikari. Alhamdulillah En. Nazir tu boleh diharap. Agak2 kalau dia nampak saya terlalu banyak kerja, dia akan ambil tugas membasuh dan mengemas rumah. Cuma satu je la yang dia failed sampai sekarang, lipat baju. Memang macam lempeng lunyai baju tu kalau dia lipat jawabnya hehehe~
Malam ni nak balik sana dan kalau boleh nak stay lama2 sikit. Melepaskan rindu pada rumah sendiri. Dah lama tak berborak dengan jiran depan rumah. Dah lama tak menyakat anak2 dia. So weekend ni masa untuk membersihkan rumah sendiri. Rasa nak masak special2 sikit la. Insya’Allah.

©Hernee Nazir – Sabtu dah ada jemputan makan free kat rumah Azie sempena Majlis Akikah Ashraaf. Bila nak masak special ni? wakaka..(jangan cari alasan!)