Rezeki datang bergolek tengahari semalam. Mula2 rasa malu2 kucing time Capt. Akashah offer nak belanja KFC sempena birthday saya kelmarin.

Dialog si pemalu..

“Aeh.. tak pe la Capt. saya tak mengharap ape2 pun tak yah susah2”

Sekali bila KFC dah sampai terus terbang melayang malu2 kucing tu hehehe.

Nak cover malu, baik duduk diam2 nanti orang kata kuat makan lak.

Big boss join sekali. Bila dia tanya “Birthday yang ke berapa Nee?”
Dengan tenang saya jawab, “Oooo.. ni birthday I yang ke 19 tahun”
Wakaka.. nak juga jadi muda.

Kantoi.. orang tengah baca doa dia dah minum dulu.. hehehe.. Well, tak boleh nak kata apa la kan.

Dah lapar tahap dewa2 dah ni. Isi perut dulu yang penting. KFC blackpepper dah menanti dah tu. Kecik hati dia kalau terbiar lama.

Sila abaikan diameter hidung yang tiba2 terbesar dengan sendirinya ;p

Thanks to Capt Akashah yang membelanja and thanks untuk kawan2 lain yang tolong memeriahkan. Rasanya macam nak adjust birthday minggu depan pulaklah boleh tak? hehehe~



©Hernee Nazir – Hari ni tak ada orang nak belanja lagi ke? hehehe.. melampau betul asyik nak makan free je..