..hahahaha tajuk macam apa daaa..

Thanks to my dear hubby.. En. Nazir yang membelanja saya makan “Bot Berkuasa Wap” kat Johnny’s Restaurant, AEON Bukit Indah. Dari hari tu nak makan steamboat, baru terlaksana malam tadi. Punyalah plan nak masak sendiri la apa la. Habuk pun tarak.

Sebenarnya birthday kali ni saya kurang excited nak celebrate. Mungkin sebab terlalu banyak benda yang jadi akhir2 ni. Walau macamana pun saya bersyukur Allah masih dipinjamkan nafas ni untuk saya teruskan hidup.

Gambar semua adalah diciplak dari blog En. Nazir.. harap maklum😉

“Bot Berkuasa Wap” Thai Set B
Tak tahulah siapa punya birthday sebenarnya, sebab gambar beliau lebih banyak dari gambar saya. Ini tidak adil! hehe Dah le gambar saya tahap kureng2 semuanya. Macam la selama ni gambar cantik sangat ;p

Huwaaa.. dapat makanan isteri dilupakan Dia yang cakap bukan saya🙂 Sangat kenyang sampai rasa malas nak berjalan. Bila dah malas nak berjalan time2 tu jugak dapat ceramah free dari Al-Ustaz Nazir ni hehehe.

Apa pun saya sangat berterima kasih kat En. Nazir sebab melayan tekak saya yang meroyan nak makan “Bot Berkuasa Wap” ni. Next time belanja lagi aeh sayang. Tetiba letak sayang kat hujung sebab minta belanja lagi wakakaka.

Kalau rasa nak baca versi En. Nazir boleh klik sini >> Selamat Hari Jadi & Hari Guru

©Hernee Nazir – Dah lama tak berkongsi resepi kat blog kan.. nampak sangat saya sangat rajin ke dapur akhir2 ni ;p

[auto publish]