1 ) Header BEN ASHAARI BLOG – Done!

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda …

Nama Samaran : Hernee Nazir
Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss … 
:: Ni saje je nak nampak lagi panjang ;p ::

Dulu saya share blog ni dengan suami saya En. Nazir. Tapi bila saya dah buatkan satu blog lagi untuk dia layan fotografi dia tu, saya biarkan dia handle blog dia sendiri dan saya handle blog ni.  Lagi pun saya pasrah, nak tunggu dia update blog ni 5 tahun sekali baru keluar 1 entri hehehe. Cerita tetap berkisar pasal kehidupan kami. Blog picisan nilah tempat saya bercerita dan berkongsi apa saja peristiwa yang berlaku pada diri saya, keluarga dan kawan2. Saya akan update blog ni malam dan publish siang harinya. Itu pun kalau “Vitamin M” dalam badan saya negatif hehehe. Kalau tak mana sempat je saya update, guna handphone cokia pun boleh ;p
Kalau agak2 rajin memasak, saya akan share juga resepi kat dalam blog ni. Bergantunglah pada jenis masakan. Kalau setakat ikan goreng tu takkan nak tepek resepi kot ;p
Saya juga suka nak kongsi info2 menarik yang mungkin kawan2 belum tahu dan kalau yang dah tahu tu buat tak tahu dah la ye hehehe. Sila jaga hati saya! *acah je*

Kadang2 bila mood feeling artis datang, tu yang keluar lirik lagu dalam blog ni. Semata2 nak mengabadikan lagu2 kegemaran saya. Esok2 kalau agak2 lupa lirik bolehlah rujuk balik blog. Chewah.

Saya dan suami ni memang suka makan. Jadi mana je tempat makan kami akan terjah. Itu pun kalau poket berisi la kan. Bila dah terjah tu, saya akan buat foods review dengan cara saya sendiri. Akhir2 ni agak jarang juga kitorang buat foods review. Tapi tak bermakna kitorang tengah berdiet sampai tak makan. Itu memang kes tipu la.

Ada juga saya selitkan sesi deko2 rumah. Setakat ni rumah2 contoh untuk mendeko saya pilih rumah2 makcik saya. Kalau ada rumah2 yang ada deko2 menarik minat saya akan saya selitkan juga nanti.

Sangat penat nak cerita pasal blog sendiri heh. Setakat ni je kot. Kalau nak tahu lebih lanjut, datang le blog ni selalu🙂
 3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini 

Dapat tahu dari Blog En. Ben Ashaari sendiri..

©Hernee Nazir – Huwaaa.. berjaya juga saya mengarang.. penat juga perah otak ni..hehehe~ Harap2 En. Ben sudi menjelajah blog picisan saya ni🙂