Agak terlambat nak sambung cerita weekend bersama GGH. Lepas je bersarapan ramai2, kitorang balik rumah masing2. Kasah macam biasa tak reti2 nak balik rumah Tok Ayah dia. Ikut kitorang balik rumah je nanti Mummy dia datang ambil.
Sebelum balik KL sempat lagi posing depan rumah macam jakun tak pernah jumpa camera
Jangan salah anggap, kami tiada hubungan istimewa ;p

Oh, t-shirt yang saya pakai tu yang dapat free dari Netqueen. Thanks Netqueen, dah selamat sampai ke tangan saya 5/5 hari tu.

Mula2 bagi senyum meleret..

Lepas tu hambik ko.. rupa hodoh..

Gambar mesti! Bersama anakmu bukan anakku.. Kasah (ini sebutan dia sendiri)

Kasah with mak hayam pertama.. Che’ Ngah..

Kasah with mak hayam kedua.. Che’ Ayu..
Dorang berdua beranak bertolak lebih kurang pukul 10.30am. Tup2 dia bagitau sampai KL pukul 5 lebih gitu la. Kata Cdot, rekod terbaik dia drive 7 jam JB – KL. Terbaik la sangatkan hehehe. Tak sangka betul Cdot memang pemandu “berkhemah”. Dia sempat berkhemah kat berpuluh2 R&R dengan si Kasah. Siap ada Abang 4WD pintu kereta sopak dia tu. Drive pulak tu 60km/h, sambil layan lagu Taman Rashidah Bibir Utama. Tak pe lah kan yang penting dua beranak ni dah selamat sampai ke pangkuan Iskandar Hiew.

Tamat cerita dengan GGH. Dot, balik bulan 6 jangan lupa project berjimba dengan aku and N🙂

©Hernee Nazir – Penat nak tidur sebab kepala dah ting tong.