Doktor ni kan, kot ye pun penat dah ramai sangat patient agak2 le. Ada ke, Sabtu lepas ayah bawak Anna pergi HSA dia sakit perut lagi and doktor sahkan dia kena batu karang. Doktor dah siap scan bagai la. Kat form yang dia attached filem scan tu, ada la butir2 maklumat pesakit. 
Part yang keturunan tu, ada ke patut dia tulis..
Keturunan: Cina
Ayah saya tegur la doktor tu, 
“Doktor, anak saya ni Melayu bukan Cina”
Tapi doktor maybe ada sound trouble, dia tak perasan pun ayah saya tegur.
Bila Anna tunjuk kat saya, saya rasa nak gelak guling2.
“No.. agaknya dia ingatkan ko Cina Muallaf hahaha.. kalaulah ko tak pakai tudung lagi la sah2 dia ingat anak Cina bukit mana yang ayah bawak gi hospital ni kan”
Anna memang selalu bertemu dengan situasi macam ni. Tiba2 kadang2 kalau kitorang pergi mana2 ada je nyonya2 nak cakap Cina dengan dia. Dulu kecik2 selalu ejek dia terkenan anak Cina jual air tebu kat Gelang Patah hehehe~

©Hernee Nazir – Hari ni semangat mengupdate blog.. esok lusa tak tahu ada semangat ke tak.. yang penting cerita dengan Cdot ada lagi yang sangkut. Stay tuned!