Pagi Ahad kitorang sarapan secara berjemaah di Warung Poyot. Orang jangan katalah, memang ramai sampai berjuta2 lemon. *Tipu*

Saya, Anna, Ayu, Yot, Cdot, Kasah and Ean duduk semeja. Of course la kan takkan nak biarkan budak cenonit berdua tu duduk tempat lain. Tunggu punya tunggu Kak Jah tokey warung ambil order, tak kunjung tiba. Last2 Ayu volunteer nak jadi part-time waitress hehehe~

Ni lah part-time waitress tu. Beriya ambil order takut roti tampal goyang habis stok hehehe~

Balik pada tajuk, kenapa saya buat tajuk macam tu, sebab kami terkesima dengan satu scene menarik dari Kak Jah. Masa dia nak lap meja dan nak kemas meja kitorang yang bersepah tu, dengan selamba dia cakap..

“Tahniah aeh korang.. hari tu Mak korang meninggal.. ni Tok korang pulak”

sambil senyum2 dan angkat gelas2..

Kami semua tergamam dan ter’blur’ kejap. Semua diam tengok muka sesama sendiri.

Sekejap lepas dia jalan dia pusing balik.

“Aeh tahniah pulak.. takziah.. sorry aeh”

Alamak tersirap darah saya tau Kak Jah. Pelik juga kenapa Kak Jah ucap tahniah, kot la dia ingat Ean tu baby saya ke? Tu yang terkesima tu. Lepas je dia berlalu terus kitorang bantai gelak. Kak Jah.. Kak Jah.. tak pe la saya tak ambil hati pun. Mungkin dah sibuk sangat layan customer yang beribu2 lemon sampai tersasul lupa maksud ‘tahniah’ dan ‘takziah’
Untuk Kak Jah, mari kita sama2 hayati maksud 2 perkataan ni nanti lain kali taklah tersasul lagi :p
Takziah – Simpati dengan orang yang telah mengalami rasa sakit, kesedihan, atau kemalangan: melawat dukacita kepada keluarga berduka

Tahniah – Sebuah ekspresi kegembiraan atau pengakuan

Anak Cina dua orang ni ha yang menempel kat saya masa Amak dia tengah bedal Soto. Lepas makan2 terus ke kubur jap.Dah sampai depan rumah Long Kaduk Kasah tak nak turun. Nak ikut balik lagi nak layan PSP. Padahal PSP dia ada, nak jugak yang ada game Naruto. Puan Cdot sila bagitau Apek anakmu bukan anakku ini peminat Naruto. Sila fahami dia🙂
Tengah main PSP sempat saya kacau dia ajak layan bergambar. Kata nak jadi anak Che’ Long kan.. mesti dengar cakap hehehe~

©Hernee Nazir – not feeling well.. huhuhuhu~