** Stop dulu entri sedih2.. entri melayan perasan.. mari kita hiburkan hati yang lara**
Malam Sabtu yang indah menjadi kacau bilau lagi huru hara, bila saya diserang Geng Gagak Hitam (GGH) yang diketuai oleh Cdot Fabuloso hehehe~ Dia dan askar2 menyerbu rumah saya dan dengan tak malunya dia join saya makan malam.
Tengok betapa kelaparannya ketua GGH ni hehe sampai tak sedar kaki dah naik atas kerusi. Budak si Kasah tu senang je umpan PSP Che’ Ngah terus khayal tak nak balik.

Biks mesti ada kang siapa pulak nak handle si Ean ni. 

Kan saya dah kata senang je umpan PSP. Tengah syok melayan Naruto dia.

Saya dengan Amak dia tengah melayan fb.

Sambil berbual sambil makan koci. Kasah pun suka koci, tapi sorang2 kena jadi mangsa dia kopek kulit koci tu.

Hambik ko, satu hall berterabur kulit koci. Ni semua kerja si Kasah la ni. Amak dia buat tak tahu je tau hehehe. Lepas ni ada 2 3 entri lagi pasal GGH ni. Stay tuned!

©Hernee Nazir – GGH menceriakan malam saya. Sangat happy dapat jumpa my bff yang sorang ni. Walaupun kerja bertekak berdua tapi kami sherashi hehehe~

[auto publish]