** Entri ini hanya sebagai kenangan peribadi tuan punya blog.. bukan untuk meraih simpati**

Seperti yang semua tahu di entri ini kami baru saja kehilangan nenek tersayang. Memang tak disangka 42 hari selepas pemergian arwah Mak, Tok Mok pulak menyusul. Last saya berbual dengan dia masa hari Sabtu di HSA dan hari Ahad masa kenduri arwah Mak 2 hari sebelum pemergiannya. Malam sebelum pemergiannya masa saya datang menjengah pun dia separa sedar. Kami masing2 tak perasan apa2 perubahan pun pada Tok Mok. Allah lebih menyayangi, Dia tak nak Tok Mok sengsara menanggung penyakit.

Tepat pukul 12.30 tengahari 4 Mei 2010, Tok Mok menghembuskan nafas terakhir. Tok Mok selamatkan dikebmikan di Tanah Perkuburan Tanjung Kupang. Doktor mengesahkan Tok Mok mengalami masalah radang paru2. Sebelum ni pun memang Tok Mok memang ada penyakit jantung dan semput.

Sebelum ni kami memang tinggal serumah dengan Tok Mok. Semenjak saya lahir lagi, masa dah pindah rumah baru, barulah Tok Mok duduk dengan Makcu dan bertukar2 rumah anak2. Itulah rutin Tok Mok bergilir2 tinggal di rumah anak2. Allah bagi peluang anak2 membalas jasa.

Tahun 2009 dan 2010 sangat menguji kesabaran dan keimanan. Dugaan silih berganti. Memang sedih dan rasa nak terduduk tapi saya cuba menguatkan diri walaupun kadang2 saya rebah dan tak mampu menahan air mata dari berhenti.

Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk & menangis.. peritnya terasa tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan.. semoga kita terus tabah & ditetapkan iman…

Kenangan bersama Hari Raya 2 tahun lepas. Raya tahun lepas kami sambut sederhana tak sempat bergambar beramai2 sebab arwah Mak tak sihat. Jadi nak beraya sakan pun tak ada mood. Inilah gambar terakhir family saya dan Tok Mok.

Kenangan masa buka puasa beramai2. Lokasinya kat rumah kami.

Kini kedua2 orang kuat dalam family kami dah menghadap Illahi. Rasa kehilangan yang amat sangat. Belum pun reda kesedihan kehilangan Mak, kami kehilangan Tok Mok. Apa pun kami redha, atas ketentuan Allah. Dia lebih mengetahui segala2nya. Semoga Allah mengampun dosa2 Mak dan Tok Mok dan roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin. Sesiapa yang mengenali arwah berdua, mintak diampunkan segala salah silap dan dihalalkan makan dan minum.Kami akan sentiasa merindui mereka. Al-Fatihah.

“Insaflah wahai ………………. bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..”

Kematian itu pasti!

©Hernee Nazir – Kita tak tahu bila kita akan dijemput olehNya. Semoga saya akan terus tabah dengan ujian yang mendatang. Semoga sinar kebahagian akan bersama2 saya. Sabar itu indah!

[auto publish]