++ Entri ini sarat dengan gambar. Harap maklum++
Last Friday macam yang saya war2kan di entri ini, turn saya dan Kak Intan untuk ikut Pilot naik kapal. Tujuannya untuk mendedahkan office staff dengan kerja2 pilotage ni. Selalunya yang kitorang tahu diorang turun naik kapal je, sekarang baru tahu macamana risiko pekerjaan diorang ni. Hati saya sebenarnya kecil besar juga nak naik kapal ni. Kalau sekadar naik masa kapal dah sampai ke wharf tak la cuak sangat. Kali ni naik kapal yang memang dekat tengah2 laut tu. Macam2 perasaan ada, lagi2 bila kawan2 yang dah naik cerita itu dan ini.

Ni masa baru nak ke pontoon. Tawakal je la niat nak dapat ilmu. Sepatutnya kapal saya tak sama dengan Kak Intan. Tapi disebabkan kapal yang kitorang pilih tu delay, jadi naik je la kapal ni. 

Sampai je kat area wharf what so ever tu, kitorang kena naik pilot boat untuk menuju ke tengah2 laut. Pilot on duty masa Captain Bakhtiar and sorang pilot trainee, Hazrif. dalam pilot boat tu berdoa je la dalam hati. Minta2 semuanya berjalan lancar. Sekejap2 saya pegang tangan Kak Intan, sekejap2 Kak Intan pegang tangan saya. Jantung pun berdegup kencang ehhehehe~ Dalam2 takut tu sempat lagi bergambar sakan.

Tambah dup dap dup dap bila dah ternampak kapal yang kitorang nak naik tu. Mak oi boleh tahan besar. Seriau makcik. Mata ni terus mencari mana pintu yang kitorang nak masuk. Boleh tahan mencabar kewibawaan seorang wanita. Nak kena panjat kat tali yang tergantung masa pilot boat rapat ke kapal. Saya teringat sms dari En. Nazir, “ati2 bile gi naik kapal nnti.. jgn tkut2.. tenang2 je.. bce pe yg ptut.. i believe u can do it” Siap panjang lebar pesanan dia, macam wife dia ni nak pergi berperang dengan askar Jepun hahahaha~ 
Dengan semangat yang membara, saya pun panjat la tali yang tergantung tu. Kata Capt. Bakhtiar, kitorang beruntung sebab laut tenang, tak jumpa masalah kapal bertembung ke apa. Alhamdulillah, tapi dia tak tahu pulak hati kitorang berdua yang kecut ni hehehe~

 Sampai je atas bridge tu, dah berkenal2 dengan Master and Officer kat situ, kitorang pun terus buat macam kapal sendiri hehehe~ Before ambil gambar bagai, Jerih kata kena dapatkan permission dari Master (Captain) kapal dulu. Bila dia dah benarkan je terus la bergambar sakan dengan Kak Intan. Mesti dalam hati Captain tu, batak betul minah dua orang ni hehehe~
Capt. Bakhtiar tengah menunjukkan jalan yang lurus ;p

Apa yang Capt. ni renung pun saya tak tahu hehehe~

Kapal ni dah menyusuri chanel menuju ke pelabuhan.. wah ayat macam betul je. Tak berapa nak hafal la ayat2 pilot ni hehe~ Tunggu saya jadi Captain Hernee baru boleh ingat kot ;p

 Tug boat ni baru nak membantu pergerakan kapal. Nampak je kecil, tapi super power🙂

  Dah nak sampai..

 Captain ni tengah bagi arahan kat anak2 buah dia.

Sikit lagi nak sampai..

 Dah berlabuh..

Baju merah tu, pakcik2 lasher yang tengah bertungkus lumus mengikat tali kapal.

Sebelum kitorang mengundur diri sempat bergambar dengan Captain kapal. Friendly orangnya. Ni first time dia berlabuh di PTP. Kapal ni dari India dan destinasi lepas ni akan ke Port Klang. Dia ingat kitorang berdua perempuan ni pilot trainee hehe~

 Saya dan Encik Captain (nama tak tahu ;p)

 Saya dan 3rd Officer/ Thirdmate.. kata Jerih ..muda belia lagi..

 Kitorang dengan Capt. Bakhtiar..
Saya dan Jerih si pilot trainee..

Jerih, Kak Intan dan tuan punya blog ;p
Last but not least🙂
Tak tahulah Capt. Bakhtiar ni tengah tulis report apa. Jangan2 dia tulis “Minah berdua ni asyik duk bergambar je atas kapal, next time jangan bagi diorang naik kapal lagi” lepas tu hantar ke big boss hehehe~

Bagi mengelakkan Capt. Bakhtiar hantar report tadi tu ke big boss, kitorang rasuah dia ajak bergambar lagi sekali hehehe~ dengan harapan dia tutup cerita.

Dah sampai masa masuk office semula dengan perasaan yang malas nak buat kerja sebab dah separuh hari tak duduk kat office. Apa pun memang pengalaman yang best. Harap2 lepas ni ada peluang lagi. Barulah saya faham tugas2 pilot kat PTP tu. Mencabar juga tugas2 diorang kat atas kapal tu, panasnya jangan cakap la menusuk sampai ke tulang. Aeh ada ke? Selalunya sejuk je sampai ke tulang hehehe~ Dah sampai atas kapal tu hilang rasa kecut perut tu semua bertukar jadi jakun.
Thanks to Capt. Bakhtiar yang berkongsi pengalaman dengan kitorang dan tak lupa si Jerih yang jadi photographer kitorang merangkap tukang simpan barang2 berharga kitorang. To Capt. Akashah, next time jangan lupa nominate kitorang lagi untuk naik kapal.
©Hernee Nazir – Rasa macam nak apply jadi pilot la.. kalau baru naik kapal sebiji boleh tak dapat title ‘Captain Hernee’?? hehehe~ Agak mengarut di situ ;p