Budak berpipi bulat ni adalah anak Gee. Saya baru jumpa 2 3 kali je dengan budak comel ni. Rumah sekangkang kera je dari rumah saya, tapi nak jumpa macam kena plan 4 5 bulan awal😉
Gambar ni dah masak ranum setelah diperam berbulan2 dalam pen drive. Ni masa majlis cukur jambul anak Gee ni. Siapa nama masih lagi kelupaan, yang saya ingat lebih kurang Airil Fahmi. 
Saya tak sempat nak duduk lama2 dalam majlis ni, sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi sempat menjengah sekejap je. Tak sempat nak gomol2 si pipi bulat ni.

Sebelum mengundurkan diri, sebab En. Nazir dah berkulat tunggu lama dalam kereta, saya sempat berposing2 ala2 tak pernah jumpa kamera dengan Gee dan Ita. Tukang ambil gambar adalah Bariah yang tak nak ditayang mukanya kat sini.


©Hernee Nazir – Sorry Gee, lambat wat entri untuk Gee ni hehehe~