[gambar ihsan pokcik google]
“Tolonglah Fasha.. saya merayu sangat, janganlah rampas suami saya tu.. tu la satu2nya suami saya.. please Fasha.. please.. fahamilah perasaan saya.. sanggup ke awak menyakitkan hati kaum sejenis dengan awak.. tolong la saya mintak sangat2 awak jauhkan diri awak dari suami saya”

Ni la dialog saya dengan Fasha Sandha malam semalam. Puas saya pujuk rayu Fasha, tapi tak berjaya. Dia cuma tersenyum sinis pada saya. Masa tu saya rasa macam nak tarik2 rambut dia. Menambahkan geram saya, bila En. Nazir pun tersenyum simpul dipimpin dek si Fasha ni. Oooo.. menatang2 awwek cun yang pimpin, wife sendiri dia buat2 tak kenal. Rasa macam nak menyinga je masa tu. Ada ke patut dia buat tak nampak wife dia. Adalah menjadi satu kemarahan besar pada saya masa tu. Geram memang geram.
Masa diorang dah nak blah tinggalkan saya sorang2 tu, saya sempat lagi merayu. Tapi dia tetap heret En. Nazir ikut dia. Baru nak menjerit, tiba2.. saya tersentak.. oh saya mimpi rupanya. Cis, buat penat je menjerit2 tadi. Rupanya dalam mimpi. Nasib baik saya tak pergi menyerang Fasha atau En. Nazir. Kalau tak sure En. Nazir kat sebelah jadi mangsa saya. Silap2 rambut dia yang kena tarik ;p
Hadoi la hai.. banyak sangat baca gossip2 pasal Fasha Sandha agaknya sampai termimpi suami sendiri kena kebas dengan Fasha. Banyak berangan betul la saya ni kan. Tapi mimpi tu memang macam betul2 la. Eeee.. minta selisih la kan. Walaupun bukan Fasha Sandha yang rampas, saya tak sanggup. Tu la satu2nya suami pinjaman dari Allah untuk saya. Amit2.
Bila cerita dengan En. Nazir dia gelak je. Dah faham sangat dia dengan wife dia ni yang kuat berangan dan banyak mimpi mengarut2. Kalau Fasha terbaca ni, buat malu je hahahaha~

©Hernee Nazir – Fasha.. Fasha..masuk juga dalam mimpi saya. Btw, i’m not her ‘kipas susah mati’ ;p
[auto publish]