Semalam petang ikut En. Nazir ke rumah kawan dia, merangkap sepupu kepada sepupu saya punya suami. Haaa.. berbelit lidah nak menyebut, sebu otak nak faham. Tujuan utama nak hantar cd gambar diorang dan nak tengok anak diorang yang baru lahir.
Comel betul baby boy ni. Namanya agak kelupaanlah. Apa yang saya ingat Muhammad Aniq, yang last tu saya lupa. Sorry ya Opie, termakan semut agaknya sampai lupa ;p

Gambar ni dicuri dari fb Emon, sepupu kepada baby. Sorry aeh Emon, semalam tak sempat nak snap gambar baby. Lagi pun segan sikit, nanti Mok De Salmah kata saya jakun hahahaha.

Juadah minum petang diorang sangat meriah. Apa yng membuatkan saya menjadi jakun bila dapat merasa Sata yang selama ni saya dengar saja dan tak pernah tengok pun rupa dan rasanya.

Ini rupanya Sata, rasa pun sedap, nak makan lebih2 segan. Oh sejak bila saya jadi penyegan ni ek? ;p Bab makan2 ni memang saya segan2 sikit. Jadi darah daging tu. Saya nak snap gambar isi Sata ni, tapi dah syok makan tengok2 tinggal kulit je. Sampai lada pun saya ngap, sudahnya kepedasan. Rasakan! En. Nazir pun nampak macam jakun makan Sata ;p
Dah maghrib kami pun balik ke pangkal jalan. Dah tak reti2 nak duduk rumah ;p
Thanks to Opie, Apek, Mok De Salmah dan Kak Eton sebab bagi kami menjamah Sata yang best tu. Nanti kalau ada menu Sata panggil la lagi hehehehe~