Dan apabila tertutup mata ibumu, hilanglah satu lagi keberkatan dari Allah S.W.T.. Doa seorang ibu..

Saat ini saya kehilangan seorang ibu yang amat saya sanjung tinggi pengorbanannya.  Tiada lagi doa untuk saya dari seorang yang bergelar ibu. Tak mungkin akan saya lupakan tarikh keramat ini, 23 Mac 2010.

Semoga Allah mengampunkan dosa2nya dan mencucuri rahmat ke atas roh Mak . Semoga Mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Allah lebih menyayangi Mak. Tenanglah Mak di sana.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah bonda Kasmah binti Daud. 

Entri ini sengaja saya letakkan tarikhnya pada hari dan waktu pemergian Mak menemui Maha Pencipta.


[Mak.. orang rindu Mak sangat2..]