Suatu ketika dulu..saya pernah mendeklamasikan puisi ni.. wah macam gempak sangat bunyinya tu kan.. masa tu Dinner Part 1 Bachelor of Corporate Admin tak silapnya. Tak tahulah mana datangnya kekuatan nak lakukan didepan orang ramai. Mungkin sebab ada kawan2, lagi pun saya memang suka gila puisi ni. Ingat tak filem Ada Apa Dengan Cinta? Haa.. Inilah puisinya ciptaan Rangga dan didendangkan oleh si Cinta. Bila ingat2 semula, rasa nak gelakkan diri sendiri je..


Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!

Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terderah,
atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?
 
 
  ~i'm loving it!~