[credit pic here]
Tekak terasa nak makan botok-botok bila Kak Andak, kakak ipar saya dok bercerita tentang botok2 minggu lepas. Alkisahnya dia tak tahu kewujudan botok2 di muka bumi ni.
Ada lagi ke orang Johor yang tak tahu apa itu botok2? Botok2 ni makanan tradisi orang Johor. Mungkin kebanyakan orang tua dulu2 memang gemar makan botok2 ni. Dulu masa mak saya sihat, dia selalu buat botok2 ikan kembung. Memang sedap. Ramuannya ikan yang digaul dengan rempah dan berbagai jenis ulam-ulam  (pucuk ubi, pucuk bebuas, pucuk mengkudu, pucuk daun teh, pucuk belinjau dan macam2 pucuk lagi) dibalut dengan daun pisang dan dikukus. Lagi lama kukus rasanya lagi mantap. Makan dengan nasi panas atau boleh makan begitu saja. Pasti terangkat.
Rasanya tak payah pakai botox, tak payah membazir duit banyak2 cuma makan botok2 selama sebulan berturut2 je anda akan awet muda sepanjang zaman. Tipu ;p
Nanti kalau ada masa saya nak mencuba buat sendiri botok2 ikan. Semestinya saya akan kongsikan di sini, Tunggu ya botok2 ikan hasil air tangan saya :p
Ingat ya kawan2, botok2 tiada kena mengena dengan botox🙂
[auto publish]