Entri lama yang lupa untuk di publish🙂

Kami sempat menyambut birthday Mak dan En. Nazir bulan lepas. Kalau dulu kami sambut sekeluarga ramai2 dengan mengumpul semua anak beranak yang lahir dalam bulan 2. Tapi kali ini, keadaan tak mengizinkan. Kami sambut anak beranak kami saja. Kebetulan Pak Anjang sekeluarga datang menjengah Mak, jadi kami ajak sekali potong kek sama2 kerana dia juga lahir bulan Febuari.
Sebenarnya Mak tak nak bila kami ajak potong kek, maklumlah keadaan dia macam tu. Tapi kami tetap pujuk rayu dia, niat kami memang nak buat dia happy.
I love both of u!
Kami sekeluarga without Ayu, kebetulan dia dapat berita yang kawan dia meninggal dunia pada malam tu, jadi dia tak ada masa ni.
Pak Anjang’s family without Adik, Adik pun sama pergi menziarah kawan.
Ana dan Pak Anjang yang tak boleh dipisahkan.
Mereka masih lelaki sejati🙂
Dah nak habis makan barulah Ayu balik, jadi sempat juga la snap gambar ramai2.
Last but not least, peace!
Menu malam tu sangat ringkas dan last minute punya order. Kek saya beli petang tu ditemani Ayu. Balik rumah sempat beli mee hoon goreng, sate, nugget dan ayamas. Alhamdulillah kenyang🙂 Ayah nampaknya yang paling lapar, Mak cuma jamah sate je sikit. Saya? Of course bedal semua ;p
Semoga mereka2 yang saya sayang sentiasa gembira🙂
[gambar saya berdua dengan En. Nazir mana perginya entah, mesti dia terdelete ni cheh]
[auto publish]