Lepas melayan pasir2 di pantai, sambil ditiup bayu segar, kami terus menyinggah ke sebuah warung kecil di atas air. Sebelum pernah menyinggah juga, masa tu buat pertama kalinya En. Nazir memperkenalkan pada saya ‘kerang goreng’ yang sedap di sini. Saya pun mencuba, memang sedap.

Inilah rupa kerang goreng tu, enak dimakan begitu saja ;p Bagi penggemar kerang sejati seperti saya, sekiranya anda singgah di Senggarang jangan lupa mencuba kerang goreng ni. Dijamin puas hati. Nama warung, saya tak tahu kerana saya tak nampak ada papan tanda yang memaparkan nama warung itu. Tapi antara tiga warung yang wujud, hanya warung ini saja yang sentiasa ada pengunjung yang ramai. En. Nazir kata jangan makan kenyang2 nanti malam nak pekena ‘sup kambing’ pula. Tapi saya tetap nak merasa kerang goreng ni juga.

Walaupun tak nak makan dengan kenyang, kami masih order 15 cucuk sate daging lembu. Rasanya pun boleh tahan sedap. Ditambah pula dengan ketupat dan kuah kacang yang sedap. Memang tak sedar diri saya menjamu selera ;p

Ya, saya semakin berselera. Sila jangan kata apa2. Bulan depan saya mulakan misi menguruskan badan yang masih tertangguh. Insya’Allah. Harap2 Kak Jannah masih sudi mempelawa saya untuk berlari2 anak di hujung minggu.

Wahida pun berselera makan dengan Makcik dia. Nak tambah sate lagi, tak boleh nanti malam tak ada space nak sumbat sup kambing hehehe~
Masih memerhatikan lautan yang terbentang luas ciptaan Yang Maha Esa.

Perhatian, ini bukan makhluk tuhan paling seksi itu ya ;p

Aktiviti malam, makan sup kambing sekeluarga di Warung Kahar. Dah lama tak merasa, memang sedap gila. Tapi lupa saya nak ambil gambar, lagi pun entri yang lepas saya dah buat ‘foods review’ pasal sup kambing ni. Keputusan saya masih sama, ‘sup ni terhebat di Senggarang’. Tak percaya??? Jom ikut saya balik kampung🙂

 ***Minta maaf pada ibu2 mengandung yang terliur tengok makanan di atas, tak ada niat nak meliurkan. Nanti lepas2 bersalin contact saya, kita pergi makan sama2 hehehehe***