Hari Khamis lepas, selesai menghantar Mak untuk pendaftaran di Palliative Care Unit (PCU) Hospital Sultanah Aminah, kami terus berkemas2 ringkas balik ke Senggarang. Agak letih juga rasanya. Tapi saya berjaya tak tidur dalam perjalanan balik ke sana. Kiranya satu pencapaian yang terbaik bagi saya yang selalu tertidur dalam kereta ;p

Sampai kampung lebih kurang pukul 8 lebih. Alhamdulillah selamat dan tak ada kayu melintang tepi jalan. Mak mertua saya pun sihat2 saja di kampung. Masing2 bertanya khabar mengenai Mak saya. Sambil2 borak2 sambil tengok cerita seram kat TV3 tu sambil2 saya tertidur ;p Sebenarnya takut nak layan lebih2 nanti terngiang2 pula.
Keesokannya, duduk rumah je, angan2 nak ajak En. Nazir pergi bandar. Tapi cuaca panas sangat kepala saya pening rasa malas pula nak berjalan. Dah lewat petang barulah kami ambil angin di Pantai Sungai Lurus sambil melayan anak buah, Wahida.

Air baru je nak pasang petang masa ni. Saya rasa macam nak ajak Wahida mandi laut je, tapi kata En. Nazir, nanti orang kampung pelik pula tengok ada orang mandi manda hehehe~
Terasa bebas dan tenang jiwa raga tengok laut.
Macam nak melompat masuk dalam bot tu, tapi takut orang ingat jakun sangat minah ni ape kes ek.

Melayan si Wahida ni mengutip sea shell.

Dia juga teringin nak bergambar ;p
Meneruskan sesi mengutip sea shell dan membaling dengan penuh perasaan ke laut.
Sedang memikirkan masa depan, mungkin🙂

Punyalah seksa nak tulis kat pasir ni. Dah siap tulis si Wahida pula dengki pijak2 hehehe~
Next entry ialah entry makan2 petang yang kurang mengenyangkan sebab malam ada plan makan yang lebih mengenyangkan. Kiranya next entry, entry jamah2 kerang goreng la sambil makan sate tepi laut ngeh2.

Stay tuned😉
[auto publish]