Tadi log in fb, tiba2 ada seorang hamba Allah yang tak pernah bertegur sapa dengan saya eventhough we are neighbour, she request me to add her as a friend. The best part, before this saya pernah terdengar dari mulut kawan saya yang dia kata saya bukan berjiran dengan dia. Hey, saya tak terkilan kalau tak berjiran dengan dia sekali pun. Husband dia je yang duk ramah tamah dengan En. Nazir, tapi wifenya tengok muka kita pun tak nak. Sampaikan En. Nazir bersuara “macamlah ko tu artis”.
Saya terus call adik saya Ayu, tanya Ayu patut ke saya add. Ayu punya jawapan tepat, ringkas dan padat. ‘Ignore’ je. Saya memang kenal pun anak beranak dia ni dan masih ingat apa yang diorang buat pada adik2 saya. Even Mak saya yang jarang keluar rumah tu pun jadi bahan kata dia sekeluarga. Senang cerita diorang memang tak senang tengok keluarga saya. Diorang tak boleh tengok orang lain lebih, cakap nak besar je tak nak kecil.  Saya tak pernah membela adik2 saya kalau betul diorang salah, tapi saya pelik kakak2 dia ni suka bela adik2 dia dan akan serang membabi buta. Ah lantak korang la kan. Saya dengar dari jauh je, yang penting saya dah nasihatkan adik2 saya supaya berdiam diri. Diam itu indah!
Saya sempat juga view gambar2 di fb dia. Tiba2 saya jadi terkejut sebab dia dah ada anak. Aik, bila masa pulak ko mengandung ek? Tanya Ayu lagi, Ayu kata mana dia ada mengandung. Adik dia yang berlagak tu yang bagitau yang dia tak mengandung. Bila ingatkan perangai  diorang yang sedia maklum tu, akal jahat saya berfikir, mungkinkah dia add saya sebab nak jealouskan saya yang dia dah ada anak? Oh~ malang sungguh saya tak akan jealous. Lagi2 kalau itu bukan anak kandung ooopppssss. Rezeki kita Allah yang tentukan jadi tak perlu cemburu mencemburui ya. Akal baik pula datang, mungkin  juga dia nak ajak saya berkawan. Tapi yang peliknya hari2 yang lepas saya jumpa dia tepi blok, tapi muka dia tetap macam tak nampak apa2. Pernah sekali saya senyum tanpa balas, dalam hati berkata “lebih baik kalau aku senyum dengan dinding.. tak la sakit hati dan tambah dosa”
Saya tengah tunggu En. Nazir balik, nak minta pendapat dia. Sekarang ni saya biarkan je tak ber’approve’. Akal saya masih mencari positif dan negatifnya bila saya approve. Maklumlah blog saya ni dah saya linklan di fb, takut2 nanti ada pula yang reka2 cerita bila tahu banyak kisah hidup saya dan keluarga saya. Oh~ saya tak suka itu, biarlah kami hidup dengan cara kami.
Kalau ada yang sudi memberi pendapat, bantulah saya yang masih keliru dengan akal jahat dan akal baik ni. Saya tak kisah kalau dia atau anak beranaknya terbaca entri ini🙂