Saya bercuti hari ini dan esok. Tak ada istilah yahoo atau hip hip hooray ye, cuti ni ada benda penting yang perlu saya buat.

Hari ni nak bawa Mak ke HSA untuk rawatan lanjut. Macam tak best pula, kalau HSI lebih selesa. Nak buat macamana kan, tugas doktor HSI dah habis jadi Mak kena jumpa semula dengan doktor yang mula2 mengesan penyakit dia tu. Harap2 semuanya berjalan lancar dan Mak tak ditahan wad lagi.

Sebelah petang pula kalau tak ada aral melintang, saya dan En. Nazir akan balik ke Senggarang. Dah masuk 3 bulan tak balik sana. Maklum cuti kami tak sama. Jadi saya kena ambil cuti untuk balik sama2. Nak tunggu En. Nazir dapat cuti Sabtu dan Ahad lama lagi maunya Mak mertua saya lupa muka menantu dia yang sorang ni ;p

Wahai sahabat handai di office sana, selamat bertugas ya🙂

[posted via nokia xpressmusic]