Semalam agak sedih bila semak panggilan M-Test KPLI-SR. Dengan semangat waja saya key in nombor kad pengenalan.. ************

dan hasilnya..

Harap maaf, nama anda tiada dalam senarai panggilan ujian MTeST.
Terima kasih kerana memohon.

Tak puas hati, cuba masukkan lagi.. masih keluar tulisan yang sama. Ohhh~ mungkin talian tengah sibuk semua orang tengah menyemak. Sejam kemudian cuba lagi. Masih yang sama. Pertama kali setelah berkali-kali memohon, saya tak dipanggil untuk MTest. Adakah kerana MOE dah jemu tengok nama yang sama tiap2 tahun?

Tak apalah MOE saya redha yang ini bukan rezeki saya. Bagi peluang untuk orang lain yang ingin mencuba. Mungkin rezeki saya masih di sini, jadi saya akan terus jaga rezeki yang ada.

Ina, kawan sebelah meja masa MTest tahun lepas sms bagitau yang dia pun tak dapat, Siti yang pertama kali memohon pun tak dapat panggilan Mtest. Bukan rezeki kita kawan2.

Tapi.. ada tapinya.. rasa tak puas hati pula bila Ina kata sepupu dia dapat tahun lepas guna orang dalam, hmmmm.. rasa macam tak adil. Pointer pun tak la sampai 3.0 yang lagi menghampehkan English F9.

Ini la namanya rezekikan. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki kita, jadi redha je la kita dah usaha seadanya semuanya ketentuan Allah. Hidup mesti diteruskan. Mungkin saya memang belum cukup sempurna untuk mendidik anak bangsa. Itu ayat yang terbaik untu memujuk hati🙂 Masih ada ruang lagi untuk mencuba selagi umur saya tak melepasi 35 tahun. Percubaan seterusnya.. DPLI🙂

Sesiapa yang belum menyemak boleh klik disini.
[auto publish]
post signature