Semalam punya cerita. Farewell lunch untuk adik2 GEMS yang akan tamat praktikal di PTP. Mungkin bukan rezeki diorang kat sini. Kalau saya boss besar, sure saya ambil diorang kerja kat sini. Sebenarnya yang belanja kitorang makan ni, Capt. Kamarol tapi malangnya dia kena handle kapal dalam pukul 2pm, jadi kitorang tapaukan je untuk dia. Dia memang dah berniat nak belanja anak2 dia ni.  Yang lain2 tu menempel je hehehe~
Kami makan di Saujana Seafood Restaurant, yang pakai tai tu our new boss Capt. Akashah. Balik office terlewat 25 minit, nasib baik bawa boss boleh la cover2 sikit dengan boss besar. ooopppssss..
Wajah2 wanita anggun kat Marine Department ;p
Lepas makan dengan kenyang, kami pun bergambar sakan. Banyak gambarnya tapi yang ni je saya sempat upload. Kenangan dengan adik2, yang saya dah anggap macam adik saya sendiri.
The GEMS.. Siti.. Zaza.. Ita..
Kak Intan,, Siti, Ita, Hernee & Zaza..
Say goodbye to Saujana..
Sambung lagi sesi fotografi kat dalam office🙂
And it’s the time for them to say goodbye to PTP..

To Zaza, Siti and Ita..
Thanks and sorry for everything.. seriously akak memang sedih sangat.. tapi apa nak buat, akak sentiasa doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kerja tetap lepas ni.. akak pernah rasa apa yang korang rasa.. sabar je k, rezeki Allah ada di mana2..Semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya.. Jangan lupa akak tau.. Keep in touch and rajin2 update blog especially blog rahsia kita tu “joyah dot com” Sunyi la office macam ni.. siapa nak teman akak makan.. huhuhuhu.. sedih2.. dah la tak nak sambung lagi.. nanti akak bertambah sedih.. Luv all of u..🙂

post signature